Search This Blog

Thursday, December 22, 2011

Taib Mahmud

Simpanan Tetap BN, Rasuah dan Diktator
Article in Bahasa Malaysia only. 


1. Seluruh negeri Sarawak mengakui bahawa Taib Mahmud merupakan ketua menteri yang paling lama berkhidmat dalam kerajaan negeri. Dia menjadi ketua menteri sejak 1981 hingga hari ini. Tempohnya selama 30 tahun. Dia merupakan diktator yang lebih lama di asia tenggara seperti Ferdinand Marcos dan Sukerno.


2. Sejak kebelakangan ini, dia banyak disabitkan dengan rasuah, konspirasi politik dan salah guna kuasa yang telah membawa kekayaan berbilion ringgit kepada ahli keluarganya. Media asing juga melaporkan harta Taib Mahmud dan Malaysia juga mengetahui akan kekayaan Taib Mahmud. Dalam sejarah politik Malaysia, Taib Mahmud merupakan ahli politik yang terkaya.

3. Dari manakah datangnya sumber kekayaan Taib yang mencecah berbilion ringgit? Menurut beliau, dia tidak pernah terlibat dalam korupsi dan salah guna kuasa. Dia telah lama berkecimpung dalam perniagaan dan keusahawanan. Anak-anaknya di didik dengan baik dan di ajar untuk berniaga. Dia juga mengakui dia tidak mahu terlibat dalam "conflict of interest".

4. Dia juga mempunyai pengaruh politik yang sangat kuat sehinggakan dia mampu mentadbir kerajaan negeri tanpa mendapat tentangan dari penduduk Sarawak. Dia juga mampu memanipulasi sesiapa sahaja untuk mengikuti "perjuangan" politik beliau. Orang Iban yang merupakan penduduk majoriti mampu dipecah-pecahkan kepada sub-parti dan dia terus mejadi kuat apabila Dayak telah berpecah belah.

5. Taib Mahmud dikatakan bijak dan pandai. Sesiapa sahaja akan menjadi bijak dan pandai sekiranya orang-orang disekelilingnya bodoh. Itu adalah dominasi yang biasa berlaku di mana-mana. Saiz otak manusia adalah sama cuma daya pemikiran yang membezakan tahap dan perlakuan seseorang. Dia tidak pernah menyatukan kaum Dayak kerana agenda penyatuan itu merupakan mushibah kepada karier politik beliau. Orang Dayak pernah bersatu sekali sahaja tapi ia tak kekal lama kerana Dayak tidak percaya akan kesatuan dan kerjasama. Sebab itu Dayak dapat dilihat dalam semua komponen politik di Malaysia. Kalau besok parti baru muncul, orang Dayak pasti akan jadi ahli.Perpecahan itu merupakan keseronokan bagi orang Dayak. Bila mereka berpecah, mereka tidak akan mendapat apa-apa sebab tidak ada kata sepakat.

6. Ramai orang Sarawak menyalahkan Taib Mahmud kerana memanipulasi hasil bumi Sarawak untuk menjadi kaya raya. Banyak blog-blog yang ditulis mengutuk perbuatan Taib dan ahli keluarga. Parti Pembagkang menggunakan kekayaan Taib sebagai isu untuk memenangi kerusi pilihanraya. Najib juga tertekan akan keadaan ini dan mengatakan Taib akan berundur. Namun Taib masih berkuasa malah mengangkat sumpah hingga Yang Dipertua Negeri tak sempat nak tidur. Ada juga orang kata Taib simpan banyak bomoh. Sebab itu tiada orang berani lawan dia. Semua bomoh dia hebat-hebat dan ada yang mempunyai ilmu ghaib.

7. Orang yang lemah sentiasa ditindas dan diperdaya. Bila mereka malas berubah, maka mereka akan terus tertindas dan terpedaya. Bila mereka tertindas dan  terpedaya mereka mula menyalahkan orang lain. Begitu juga rakyat Sarawak yang majoritinya Dayak. Mereka mula menyalahkan Taib kerana mencuri tanah, merosakkan pokok-pokok buah dan merobohkan rumah panjang. Ada yang mengadu nasib dan mengemis di tepi tong sampah gara-gara hidup dalam kesempitan di tanah yang kaya-raya.

8. Apakah kerajaan harus bertindak dan mengarahkan siasatan dijalankan keatas kekayaan Taib. Tidak mungkin kerana rasuah itu berlaku dalam politik Barisan Nasional. Najib tidak akan mengarahkan SPRM menyiasat Taib sebab dia adalah aset terpenting bagi BN untuk terus berkuasa di Putrajaya. Jadi, rasuah itu adalah normal bagi pemimpin politik dan tidak perlu ditangani. Apakah kesan yang dihadapi sekiranya Taib disiasat dan didapati salah kerana rasuah? Barisan Nasional akan hilang kerusinya yang kebanyakkannya disumbang oleh Sarawak dan Sabah. Malaysia juga akan dianggap negara perasuah kerana menayang perbuatan rasuah yang terlalu besar.

9. Kerajaan Barisan Nasional tidak mampu bertindak terhadap Taib dan membiarkan dia untuk terus membina empayar perniagaannya di dalam dan luar negeri. Semakin banyak tuduhan yang dikenakan keatas korupsi yang dilakukan oleh Taib, semakin ketat mulut pemimpin politik kerajaan pusat. Adakah Taib mengupah mereka untuk tutup mulut? Sudah tentu tidak kerena mereka di kerajaan pusat juga melakukan perkara yang sama. Cuma cara mereka lebih bersembunyi dan tidak didedahkan seperti kalung zamrud dan tiara yang dipakai di leher. Kesimpulannya, hantu tidak boleh menegur sesama hantu sebab mereka itu sememangnya golongan hantu dan bukannya setengah hantu setengah malaikat.

10. Semua rakyat Sarawak tidak sabar menanti Taib berundur. Kenapa pula nak suruh dia beundur tetapi terus mengundi Barisan Nasional. Ia seumpama meniup lintah yang menghisap darah. Parti pembangkang akan mengaitkan kekayaan Taib dan kemunduran Sarawak. Orang yang mendengarnya akan bersemangat dan ingin menjatuhkan Taib dalam pilihanraya. Namun semangat itu hilang sebaik sahaja beredar dari pondok ceramah dan semangat "jangan lawan perintah" datang balik. Keesokannya undi BN. Bila nak jatuhkan diktator kalau terus menyokong diktator.

11. Orang Sarawak harus melihat jauh dan berfikir di luar kotak. Mereka harus mempunyai keinginan untuk memperbaiki taraf hidup dan mendapat pembelaan yang seadilnya. Mereka harus menilai semula akta Tanah Adat dan mempertimbagkan semula kerajaan sedia ada. Taib bukannya kebal tetapi disebabkan kebodohan dan keangkuhan Dayak menyebabkan mereka terus ditekan oleh diktator dan kerajaan yang korup.





3 comments:

Alan Newman said...

With 31 yrs of abuse of power, mutli-billion $ plunder and over 10 years of the same by his Uncle before him, the Sarawak CM must be arrested now. His morality, integrity; legitimacy & right to lead are ZERO.
UMNO is equally corrupt. Nothing will be done, unless Arab Spring type pressures are mounted beginning with:
Blockade of all logging & oil palm accesses.
Blockade of all CMS & related’s access & movements.
Work stoppage. Sit-ins in offices, transport hubs & airports.
If the police intimidates.....Good! That’s the beginning of the end of Sarawak’s great tragedy & BN’s stranglehold in Malaysia.

Alan Newman said...

Soros on Taib: “Look at the Sarawak Chief Minister selling billions worth of timber concessions under the table; selling every piece of state land to businessmen without tender; using his own companies to obtain lucrative government contracts; … 'you pay I approve'. He has 8 billion US stashed overseas.” “while thousands of poor people still live in cardboard makeshift homes; have no water and shit into the river.” “In China people have been shot for embezzling one thousand dollars. With 8 billion you have stolen, therefore you would be shot 80 thousand times.”

Alan Newman said...

$150 billion of black money a year disappeared from Malaysia, that’s RM 400 million a day.
Reports: According to the Washington-based financial watchdog Global Financial Integrity (GFI), in 2009 alone RM 150 billion (US$47 billion) in illicit money was illegally siphoned out of Malaysia.
The latest GFI report, ‘Illicit Financial Flows from Developing Countries Over the Decade Ending 2009', is penned by economists Sarah Freitas and Dev Kar, who is a former senior economist at the International Monetary Fund. They stressed that these illicit outflows are basically "unrecorded capital leakages through… illicit transfers of the proceeds of bribery, theft, kickbacks and tax evasion." In other words, it refers to corruption money or black money that is obtained illegally and worse, not even re-circulated into our economy.
All the Tuns, Tansris, Datos, Datuks…, well done!