Article Posted in Bahasa Malaysia Only.
Apa yang berlaku dalam politik melayu hari ini sudah amat berbeza dari asas perjuangan dan paksi yang telah digariskan oleh pemimpin melayu dulu-dulu. Kalau dahulu Perikatan Menang besar hasil daripada kerjasama MIC,MCA dan UMNO, hari ini UMNO, MCA dan MIC masing masing berpura-pura baik dalan Barisan Nasional. Dominan itu menjadi satu misi untuk UMNO mentadbir dan "toleransi" menjadi secondary subject dalam Barisan Nasional.
Semua rakyat mengakui bahawa hak keistimewaan itu adalah muktamad dan tiada mana-mana kaum harus mempersoalkan perlembagaan negara. Namun, kebelakangan ini kita melihat orang Melayu "berebut-rebut" hak ini sesama sendiri dan mereka mengetepikan moral dan integriti mereka. Malah dalam Mesyuarat Agung UMNO, pak menteri kita tidak habis-habis mencarut dan mengapi-apikan orang melayu akan kedudukan mereka dalam perlembagaan negara. Padahal hak-hak meraka adalah "immunity". Kenapa harus mencarut dan mempertahankan hak yang telah termaktub. Bukan kah tolol namanya? Ada pula yang melatah untuk mempertahankan isu rasuah yang dilakukannya dan mengugut untuk saman mereka yang pecah tembelang. Bak kata orang "bagai menegak benang yang basah". Inilah yang telah menjadikan UMNO sebagai pentas tayangan Badut Melayu.
UMNO harus balik ke sekolah dan belajar semula sejarah pembentukan bangsa. Mereka harus menghampar sejadah dan meminta keampunan dari tuhan yang esa. UMNO dah banyak berubah. Kalau dahulu perjuangan UNMO dipikul oleh pejuang patiotisme dan golongan sederhana (moderate) dan ahli falsafah. Semua orang Melayu menyokong UMNO kerana wadah perjuangan mereka tidak menyimpang dari landasan sebenar. Tapi hari ini ahli UMNO adalah terdiri daripada ahli perniagaan dan proxy politik serta kroni-kroni menteri-menteri. Perjuangan UMNO hari ini adalah untuk menjadi seorang yang kaya dan bukan sebagai pejuang bangsa dan patriotis. Mungkin inilah yang dikatakan "Generasi Baru dan Transformasi" dalam UMNO. Transformasi apa itu?
Hari ini UMNO dilihat sebagai pelampau (extremist) dan samseng melayu. Rasuah tidak ditangani dan isu-isu sensitif dikumandangkan untuk menaikan kemarahan antara kaum-kaum dan menakut-nakutkan orang lain. Lihat sahaja isu NFC yang cuba dipertahankan oleh Shahrizat. Kalau dahulu Mahathir "pecat" 3 timbalan perdana menteri kenapa pula sekarang Najib buat-buat tak tahu? Itlah lah yang menyebabkan indeks integriti kita asyik menurun. Dah lah begitu, pembangkang pula dicap sebagai penyangak dan dihina seperti pelacur di Pakistan.
Pada saya, UMNO harus memperhalusi perjuangan mereka. Balik ke pangkal jalan dan menerima semua kaum lain sebagai "close partnership" seperti yang telah dilakukan oleh arwah pemimpin dulu-dulu. Kalau arwah Tun Abdil Rahman boleh mengadakan rudingan Baling dengan ketua "penjahat" kenapa pula UMNO tak boleh berbuat demikian? Dimanakah terletaknya nilai "gadis melayu" di kalangan masyarakat Melayu dalam UMNO. Pemuda pantang dicabar. Puteri pantang di tegur dan Majlis tertinggi jangan dikacau.
Sebenarnya orang Melayu ini peramah, jujur dan baik-baik belaka. Bos saya di semenanjung sangat baik dan dia sentiasa menyokong kami kalau ada masalah di pejabat cawangan. Namun nilai-nilai ini tidak lagi dilihat dalam pimpinan UNMO hari ini. Dimanakah silapnya UMNO? Silap Melayu kah? Silap Raja kah? Silap kaum bukan melayu kah? Bukankah UMNO yang memperjuangan hak keistimewaan Melayu dan bukannya PERKASA ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment