Monday, June 24, 2013
Sesat di Bumi Sendiri (The Lost Aborigine is His Own Country Home).
Article In Bahasa Malaysia Only.
Dalam kekayaan dan kemakmuran negara yang telah kita kecapi hampir genap 50 tahun, kita sering lupa akan penderitaan dan kesengsaraan masyarakat peribumi Sarawak terutamanya Bidayuh. Kita telah terlibat dalam agenda politik dan ekonomi Malaysia semenjak era 1969 iaitu era Segus anak Ginjai (SUPP-Bengoh), Nelson Kudai Ngareng (SNAP-Tarat) dan Micheal Ben (Tebekang-SNAP).
Bidayuh telah lama berkecimpung dalam politik dan semenjak pilihanraya 1969, mereka telah terlibat secara langsung dalam pembenihan demokrasi di Sarawak. Ada pewakilan dari setiap parti politik dan masyarakat turut beserta dalam proses membuang undi. Pada pilihanraya 10 May 1969, SUPP menyertai Sarawak Alliance:- Wikipedia. Pada masa itulah politik Bidayuh mula berkembang pesat dalam SUPP dan parti politik yang lain.
Namum begitu, setelah terjadinya pemecatan (vote of no confident) Stephen Kalong Ningkan (CM Pertama Sarawak) pada tahun 1966 beliau mula menubuhkan Parti SNAP. Permulaan ini membawa kepada the birth of Dayaksim (Joseph Tawie- The Broken Shield). Stephen Kalong Ningkan merupakan tokoh politik Iban yang sangat lantang dan beliau merupakan orang yang melolak pembentukan persekuatan Malaysia. Keenganan beliau itu menjadi halangan kepada Tunku Abdul Rahman untuk membawa Sarawak ke dalam pembentukan Malaysia. Hasil daripada "kedegilan" beliau, satu komplot vote of no confidence dilancarkan dan beliau dipecat daripada jawatan ketua menteri pada 7 September 1966. Beliau membela diri dan kes "pemecatan beliau" ditangguhkan kerana darurat telah diumumkan keatas Sarawak.
Sejarah telah membuktikan kelantangan anak peribumi Sarawak sentiasa tidak disenangi sama ada dari dalam negeri Sarawak mahupun di Tanah Semenanjung. Dayakism itu merupakan satu ancaman kepada pembentukan Tamadun Melayu dalam gugusan kepulauan Melayu yang amat luas. Hasil daripada perjuangan Tamadun agung ini, masyarakat dayak terus menerus ditekan dan dijinakkan melalui siri komplot seperti The Ming Court Affair dan juga Pindaan Perlembaggan Persekutuan.
Berbalik kepada pengelibatan Masyarakat Bidayuh dalam arena politik, sungguhpun pada mulanya mereka merupakan etnik ke-2 terbesar selepas Iban, mereka kurang lantang dalam politik. Mereka lebih gemar untuk mengikut nada dan alunan politik semasa. Sebab itu saya selalu mengatakan bahawa sekiranya ada 1 bidayuh, makan hanya akan ada satu parti politik, dan sekiranya ada 100 bidayuh, maka akan ada 100 parti politik dalam kalangan mereka. Mereka sangat senang dipengaruhi oleh sesiapa saja yang boleh menghulur upah dan habuan atas nama demokrasi pelbagai kaum. Antara sebab PBDS terbentuk adalah kerana masyarakat Iban tidak setuju dengan James Wong mengenai isu parti multi-racial dan beliar menyelar Dayak sebagai racist. Hasilnya, masyarakat Iban meninggalkan SNAP dan membentuk PBDS pada tahun 1983. Namun Bidayuh masih kekal dalam SNAP dan SUPP dan segelintir yang sehaluan dengan Moggie dan Tajem menyertai PBDS.
PBDS menang banyak kerusi pada Pilihanraya 1983 dan menjadikan SNAP sebagai seteru politik. PBDS menyertai BN sehingga is dibubarkan pada 2004. Pada masa itu, Bidayuh juga sudah berpecah kepada SUPP, PBB, PRS dan SPDP. Adapun parti STAR dibawah naungan Patau Rubis, agenda Bidayuh terus terkubur dalam arena "divide and rule" oleh Barisan Nasional. Ternyata taktik ini amat berkesan dalam menjinakkan darah perkauman yang kuat dikalangan Dayak apatah lagi dengan adanya undang-undang darurat (ISA) yang pasti membenan hasrat Dayak untuk berjuang sama seperti UMNO, MCA dan MIC yang memperjuangkan kebajikan kaum.
Bidayuh harus belajar dari segenap detik sejarah supaya mereka tidak lagi dijadikan keldai (mogul) oleh mereka yang sentiasa mengambil kesempatan keatas kebaikan dan humbleness mereka. Mereka telah rugi dari setiap langkah yang mereka ambil dalam memperjuangkan nasib masyarakat mereka. Dalam SUPP, agenda pembangunan telah terkubur dan Cina mengambil sokongan mereka untuk mendapat habuan dalam segala hasil ekonomi. SPDP mengambil suara Bidayuh untuk projek PKFZ dan banyak lagi. PBB memggunakan suara majoriti Bidayuh (Banyak Bidayuh dalam PBB), untuk terus membolot harta negeri dan hasil bumi yang banyak. Dalam skandal terang-terangan ini, masyarakat Bidayuh langsung tidak membantah apatah lagi menegur melalui suara agung (pilihanraya). Perbuatan ini tidak dapat ditegur kerana takut akan kedudukan ahli politik dan pemimpin Bidayuh tergugat dan Bidayuh akan terus terpinggir.
Apakah SUPP masih relevan di Bengoh atas dasar kerusi tradisi (Segus Anak Ginyai)? Apakah kita Bidayuh tidak dapat mengubah tradisi dari kerusi tradisi kepada kerusi harapan baru? Mungkin ini sangat complicated/rumit untuk masyarakat Bidayuh memikirkan kerana mereka sangat memerlukan pembangunan infrastruktur. 50 tahun penantian pembangunan seperti Pusat Pengumpulan Sampah sarap, Penjara dan pusat peranginan. Apakah pembangunan ini yang Bidayuh inginkan? Bagaimana dengan pembangunan pendidikan, kesihatan dan ekonomi Bidayuh? Marilah kita renung-renungkan demi kebaikan bersama.
Kita sudah lama sesat dan terpinggir kerana ignorance/kejahilan kita dan sikap pentingkan diri sendiri di kalangan pemimpin. Mungkin factor kemiskinan telah menjadikan Bidayuh itu terbahagi kepada dua golongan; elit dan miskin. Yang elit itu merasakan mereka telah Berjaya keluar dari kepompong kemiskinan dan membiarkan yang lain terus terkapai-kapai dalam arus kemodenan dan persaingan ekonomi yang mencabar. Yang muda terus berhijrah untuk mencari rezeki dan tinggalah yang tua miskin mendiami desa menunggu hari mendatang.
Apakah kita akan mulai sedari akan tuntutan global untuk membentuk masyarakat berjaya dan bertamadun yakni berevolusi sejajar arus masa? Ataupun mungkin kita akan terus menanti dan menanti sehinggakan kita ketinggalan dan pada masa itulah kita mula menyalahkan alam semesta? Bidayuh sangat unik dari segi budaya dan cara hidup mereka dan alangkah baiknya sekiranya mereka ini juga unik dari segi pemikiran dan pandangan mereka untuk membangun masyarakat mereka supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain dalam pembentukan Negara bangsa yang unggul dan berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment