Antara Mandat dan Kuasa Exclusive.
(Article Posted in Bahasa Malaysia Only)
Panca PRU-13 banyak membincangkan tentang keputusan undi dan faktor kepada "Tsunami Urbanisasi" atau yang Najib katakan "Tsunami Cina". Debat dan forum dalam TV hari ini sangat hangat membincagkan soal polarisasi kaum, "super race", kekecohan pembangkang dan juga soal mencari pokok pangkal kemerosotan sokongan penundi bandar terhadap Barisan Nasional.
Saya merasakan Tsunami Cina itu sangat bahaya diperkatakan kerana kita harus akur dengan kedudukan kita sebagai negara multi-racial dan multi-culture. Mungkin "Tsunami urbanisasi" itu adalah pendekatan yang baik memandangkan golongan bukan-cina juga menduduki kawasan bandar. Mereka menolak BN bukan kerana faktor "ideology error" tetapi kerana mereka ingin melihat kerajaan yang baik dimana pemimpin bukan lagi mengelar diri mereka "exclusive" dan untouchable. Sebaliknya mereka ingin melihat pemimpin yang berjiwa rakyat yang mampu memimpin mereka kearah pembentukan negara bangsa yang unggul dalam sistem demokrasi yang subur di Malaysia.
Bagi kita masyarakat Dayak-Bidayuh, kita harus meneliti dan memahami bahawa politik perkauman harus ditolak sekiranya ia tidak membawa faedah kepada kita. Mungkin kita tidak tahu/kurang pengertian akan sistem demokrasi moden; maksudnya kerajaan rakyat, oleh rakyat untuk rakyat. Kita terjerat diantara kelas sosial yang disebabkan faktor exclusiveness. Pemimpin kita melihat diri mereka sebagai yang paling berkuasa dan maha tahu justeru melupakan tanggungjawab mereka sebagai "servant of the people." Rakyat pula melihat diri mereka terlalu kecil dan kerdil sehinggakan kita takut bersuara atau tidak mahu bersuara kerana kedudukan kita dalam sistem "feudal" yang kita sedang alami masa kini. Lihat saja apabila kita mengutarakan pendapat dan luahan dalam laman sosial dan media alternatif, kita sering "ditegur" atau disangkal keras seperti tanpa melihat inti-pati permasalahan penduduk. Apakah pemimpin yang begini boleh menjadi aspirasi dan inspirasi masyarakat kita? Apakah aspirasi dan inspirasi mereka terdahap rakyatnya pula?
Dalam konteks kerajaan demokrasi moden, rakyat harus berhak untuk menyuarakan pendapat dan tuntutan daripada pemimpin mereka. Britain telah membuat satu inquiri khas untuk menyoal Tony Blair tentang jenayah perang di Afghanistan dan beliau hadir memberi penjelasan yang sebaik mungkin dan bukannya menolak inquiri tersebut sebagai inquiri nakal dan jahat. Mungkin demokrasi kita sangat berbeza kerana hak dan suara kita telah dibeli dengan harga RM10.00 upah dan RM 40.00 tambang. Dari itu kita menjadi bisu kerana hak kita telah lunas dibayar.
Mohamed Bouazizi pada 17 December 2010, memilih untuk mati kerana tenakan korupsi di Tunisia. Ini amat menyedihkan masyarakat antarabangsa dan revolusi Tunisia mula menular ke Mesir, Lybia dan negara-negara timur tengah. Mereka telah menolak exclusiveness dan mendambakan pimpinan rakyat, tapi malangnya Syria hari ini telah ditetakkan di antara kuasa veto senhinggakan begitu ramai nyawa terkorban. Inilah kesilapan kuasa-kuasa besar. Tidak tahu menyelesaikan masalah kecil.
Berbalik kepada Dayak-Bidayuh exclusiveness, kita harus tahu bahawa pemimpin kita adalah dipilih dan diamanahkan untuk membawa perubahan menyeluruh dalam masyarakat. Kita memilih mereka kerana kita yakin dan mempercayai akan kebolehan mereka untuk membawa kita ke arah kemodenan intelek, politik, ekonomi dan sosial. Seharusnya tidak ada jurang permisahan antara wakil rakyat dan rakyatnya sebalik kedua-dua entiti ini harus saling mendukung antara satu sama lain untuk membentuk masyarakat madani dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Cina telah meolak SUPP dan apakah wakil kita dalam parti ini mampu bergerak selesa dangan sokongan yang amat kurang? Satu MP dan 2 ADUN. Mereka menolak SUPP kerana BN tidak lagi relevant sebagai komponen parti racist tetapi parti kroni dan korupsi yang telah banyak merugikan negara. Ideologi BN amat baik jika dihayati sepenuhnya. Gagasan 1 Malaysia harus didukung oleh segenap masyarakat berbilang kaum kerana itulah gagasan terbaik dalam "national conciliation". Malangnya ada setetengah pihak melihat diri mereka sebagai agung dan tertinggi sehinggakan gagasan tersebut menjadi gagasan 2 muka. Sekejap "Allah boleh" dan sekejap lagi "Pertahankan kalimah Allah". Sebaik-baiknya gagasan itu dijadikan pemalar dan bukannya pembolehubah dalam membentuk masyarakat berbilang kaum yang sangat kompleks dari segi pemikirannya, demands dan penerimaanya.
Konklusinya, masyarakat harus menolak exclusiveness dan harus bersuara untuk kepentingan semua pihak dalam masa yang sama menghormati segala aspek pandangan orang lain dengan hati terbuka (openness)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment