(Article Posted in Bahasa Malaysia Only)
Selama 9 tahun saya memerhatikan perjalanan politik kita Bidayuh dan perjalanan itu penuh dengan drama dan cerita yang amat menarik. Memang diketahui oleh rakan-rakan saya bahawa saya ini pantang duduk diam dan sentiasa menulis. Saya mula bercerita dan bermesra dengan isu politik Bidayuh sebelum graduasi melalui satu forum lama (CSS mode) iaitu Britong. Disana saya selalu membawa cerita kanak-kanak dan sering disebat oleh golongan dewasa dan cerdik pandai dalam soal politik Bidayuh. Lama-kelamaan, saya mula menyedari dan mengetahui lebih banyak ilham dan idea dalam penulisan saya apabila bersemuka dengan beberapa teman yang agak berumur dan mengetahui banyak hiruk-pikuk politik kita.
Saya memulakan The Lost Aborigine in His Own Country Home pada tahun 2008. Pada masa itu, blog dan laman sosial sedang mula berkembang dan impak daripada arus informasi dan erkongsian maklumat ini telah mencetuskan "tsunami" politik pada pilihanraya 2008. Saya turut serta dalam penulisan idea dan cadangan saya dan kadang-kadang diterbitkan dalam laman blog "terkemuka". Itulah permulaan freedom of speech and idealism yang tidak terbatas.
Kembali kepada cerita politik Bidayuh itu, saya selalu mencanangkan isu-isu yang agak lapuk dan ditelan zaman seperti isu tanah adat dan "marginalization" masyarakat Bidayuh dalam arena politik negara yang kaya dan makmur ini. Saya selalu mengatakan Bidayuh miskin, terbiar, tidak berpelajaran dan "kolot" kerana terus menyokong kerajaan yang kurang mendengar mereka. Saya selalu kena bantai dan tenyeh dalam komen laman blog saya tersebut.
Sungguhpun begitu, saya tidak pernah serik dan penat mencanang kerana itulah kebenaran yang saya rasa dan alami saat saya tinggal di kampug halaman. Jalannya rosak, anak-anak kurang zat makanan. sekolah mundur dan pengangguran. Saya melihat itu sebagai isu yang sangat besar walaupun pembaca dan audiences saya melihat is sebagai non-issue atau isu kampung. Kenapa? Saya sering ke Kuala Lumpur dan Salangor dan melihat cara hidup golongan India dan Melayu sangat berbeza. Mereka kerja rajin sungguhpun pendapatan kecil. Mereka sangat efisien dalam pentadbiran negeri dan jarang saya melihat anak-anak tidak turun ke sekolah.
Di Sabah juga tidak kurang bezanya dengan kita di Sarawak. Kemiskinan dan pergelutan peluang dengan penatang asing. Kita bertuah kerana kita tidak banyak PTI yang sering merebut peluang pekerjaan dan ekonomi mikro sungguhpun ada golongan Arab dan Pakistan mula buka kedai di pekan-pekan dan desa. Mungkin mereka mempunyai niat yang baik untuk berniaga dan bukannya ingin mencantas peluang perniagaan anak tempatan. Kalau di Sabah, PTI bersaing dari jual rokok di jalanan hinggakan pekerjaan buruh mahir.
Kemenangan besar BN di kawasan Bidayuh pada Ahad lepas membuat saya berfikir sejenak. Apakah isu saya masih relevan untuk masyarakat Bidayuh? Saya sentiasa menceritakan cerita Bidayuh miskin dalam Barisan Nasional sedangkan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional semakin kuat dari tahun ke tahun.
Antara sedar dan tidur, masyarakat kita terus terpinggir dibuai harapan mengunung dalam Barisan Nasional yang akhirnya membuat mereka "stagnant" dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Saya mengharapkan kerajaan baru pada hari Isnin tetapi Sabah dan Sarawak telah menubuhkan kerajaan pusat mendahului semenanjung Malaysia. Berfikiran jauh dan berani mengambil risiko itu adalah bukan asam-garam Bidayuh kerana mereka telah disemai deangan adat takut-menakutkan sesama sendiri. Mereka ingin melihat kampung halaman mereka maju dan terjaga tetapi itulah penantian mereka selama 50 tahun. Satu YB ke satu YB, Bidayuh tetap sama dari 50 tahun yang lepas hingga hari ini. Inilah tamadun yang paling perlahan yang lihat selepas tamadun Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment