Search This Blog

Sunday, March 6, 2011

James Dawos- Politik Pada Nama Bukan Pada Bangsa

Penduduk belum ada jalan, elektrik rugi jika memilih pembangkang
Utusan SarawakPosted on March 5, 2011, Saturday

KUCHING: Penduduk kampung dalam kawasan Parlimen Mambong yang masih belum menikmati jalan baik dan bekalan elektrik akan kerugian jika mereka memilih pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang.
Ahli Parlimen Mambong Datuk Dr James Dawos berkata walaupun beliau sudah ada senarai kampung-kampung dan projek yang telah diluluskan, ia (projek) amat sukar dilaksanakan, jika kawasan berkenaan dipegang pembangkang.
Ini kerana katanya beliau tidak dapat bekerjasama dengan barisan pembangkang.
“Saya  ada senarai kampung-kampung yang masih belum menikmati sistem jalan raya yang baik begitu juga bekalan elektrik dan projek itu telah diluluskan.
“Bagaimanapun, projek-projek ini tidak dilaksanakan jika pembangkang menang.
“Saya tidak boleh bekerjasama dengan mereka,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis prapelancaran pejabat daerah kecil Padawan di Kampung Bayur, di Jalan Puncak Borneo dekat sini, semalam.
Dawos yang juga timbalan menteri pelancongan menambah jalan dari Kampung Kambug dan Sepit telah diluluskan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

******************************************************
 Satu perkara yang paling membangakan orang masyarakat Bidayuh ialah manjadi YB. Apabila seorang Bidayuh menjadi ahli politik sama ada di sebelah Barisan Nasional mahupun sebelah Pakatan Rakyat, perangai dan lagaknya adalah serupa. Apabila orang Bidayuh menjadi YB maka dia akan menjadi teladan dan contoh kepada suku kaumnya dan dilihat sebagai pemimpin yang mampu membawa suku Bidayuh kepada masa depan yang lebih baik.

YB bidayuh biasanya kaya dan mempunyai kereta besar, rumah besar dan banyak "girlfriend". Kemana saja dia pergi mesti ada tempat "persinggahan" dan inilah merupakan keseronokan menjadi YB. Selain itu, YB juga banyak kawan-kawan yang sekepala dengan dia untuk memperolehi projek-projek kecil seperti menurap jalan-jalan kampung, potong rumput, korek parit dan mengecat sekolah-sekolah.  

Namun begitu, setelah sekian lamanya orang Bidayuh mempunyai YB, mereka tidak ubah seperti dubuk berebut bangkai. Apabila musim pilihanraya tiba, ketua dubuk (hyena) akan membaling secebis bangkai ke kawasan yang diwakilinya dan berebutlah dubuk-dubuk itu sehingga bangkai menjadi barang pergaduhan segerombolan dubuk. Perkara ini akan berlaku setiap kali tiba musim pilihanraya dan ketua dubuk tidak pernah serik-serik membaling bangkai kepada kawanan dubuk-dubuk lapar.

Sebelum pilihanraya, YB akan memeritahu projek-projek pembangunan yang telah "diluluskan" dan sekiranya kampung tersebut mengundi BN maka projek yang telah diluluskan akan dilaksanakan. Namun sekiranya kampung tersebut tidak mengundi BN, maka projek yang telah diluluskan akan ditarik balik. Saya tak pasti apa projek yang telah diluluskan tetapi biasanya, selepas pilihanraya, YB ghaib dan mencari tempat untuk "mengawan." Inilah sikap YB-YB Bidayuh yang menjadi motivasi kepada generasi seterusnya yang bercita-cita manjadi YB.

Memang telah diakui bahawa P198, Mambong telah banyak megalami arus pembangunan seperti Kilang Simen milik Taib dan keluarga, tapak pengurusan sisa buangan milik Treniken, Borneo Highland Resort, Empangan air mentah milik Lembaga Air Kuching dan Komplek Penjara Negeri. Hasil daripada pembangunan ini masyarakat Bidayuh telah berjaya meletakkan diri mereka di paras paling bawah garis kemiskinan. Saya juga akui P198 merupakan kawasan parlimen  paling miskin di Malaysia dimana pendapatan seisi rumah ialah  kira-kira RM 100.00 setahun.

Disamping itu projek mega empangan air Bengoh yang telah mengubah hidup 5 buah kampung Bidayuh. Kampung-kampung tersebut ialah, Semban, Rejoi, Sait, Pain dan Bengoh. Kesemua penduduk dikampung tersebut belum lagi mendapat pampasan tanah, kebun dan pokok-pokok buah namum projek empangan sedang ligat berjalan. James Dawos pula buat-buat tak tahu dan adiknya Jerip pula kata payah nak dapatkan pampasan untuk orang-orang di kawasan terlibat. Saya rasa pampasan sukar diperolehi dalam masa terdekat kerana kerajaan negeri sedang mambayar habis kos pembinaan kepada Naim Cendera dan kemudiankan wang pampasan penduduk kampung. Naim Cendera ini merupakan pemaju projek dan ia milik keluarga Taib Mahmud.

Sungguhpun perbuatan menindas di siang hari ini sedang berlaku, James Dawos terus menerus mengugut orang-orang bidayuh di kawasan parlimennya. Politik pembangunannya selalunya menjadi "projek pakai buang". Ada projek jalan kampung yang turapnya hanya setebal 2 inci dan bila sekumpulan ayam kampung melintas, makas ranaplah jalan tersebut. Projek pelupusan sampahnya di Kampung Sadir juga tidak digunakan kerana orang kampung tidak mempunyai sisa pepejal tetapi sisa biologi saja. Maka tapak itu sekarang menjadi rumah hantu kerana tiada sampah pepejal untuk dibuang. orang kampung bungkus nasi pakai daun dan bukan tin aluminium.  Banyak juga projek-projek pembangunan desa yang terbenglakai seperti projek balai raya kampung dan rumah-rumah PPRT yang tidak sempurna sepertimana yang dikehendaki oleh kerajaan pusat.

Semua perbuatan konco-konco James Dawos, Jerip dan Sagah tidak disiasat sebab Tiga Abdul ni memang licik untuk menakut nakutkan pegawai daerah, JKKK dan ketua-ketua kampung. Boleh dikatakan mereka bertiga ini samseng di gunung yang tahu menghalau beruk. Maka setiap projek yang dibuat adalah hanya untuk mendapatkan dana yang telah diperuntukan oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri.

Saya juga merasakan James Dawos ini bukan ahli politik pada bangsa tapi politik pada nama. Dia hanya menjadi YB untuk dirinya dan bukan untuk P198 Mambong.Dia telah meletakkan Bidayuh pada garis terbawah dari segi ekonomi, pendidikan, pembangunan infrastruktur. Bidayuh hari ini masih lagi berada paling bawah dalam hirarki masyarakat Malaysia dan mereka juga antara 40% masyarakat termiskin di Malaysia. Namun apa yang menghairankan, mereka mempunyai semua ahi Parlimen dan DUN dibawah Barisan Nasional.Ianya bukan lagi misteri tetapi realiti bahawa orang Bidayuh telah memberi mandat kepada YB-YB untuk terus menipu, mencuri dan mangadai demi kepentingan diri mereka.  
Post a Comment