English Version to be posted soon.
Sekali lagi saya ingin mengulas sedikit mengenai “perdebatan terbuka” antara Menteri Penerangan dan Anwar Ibrahim mengenai isu minyak. Walaupun pada hakikatnya, Anwar Ibrahim sentiasa mendapat kenyataan dan soalan yang berbentuk “personal attack” dari Sabery, belaiu tetap membincang focus utama debat iaitu, Esok Jadi PM turun harga minyak RM 0.50.
Apa yang saya dapat lihat adalah dua perspektif berbeza yang jelas menampakkan perbezaan antara pemimpin berkualiti dan pemimpin yang salah dipilih oleh rakyat Malaysia. Pertamanya, ulasan yang diketengahkan oleh Sabery lebih kepada “personal attack” dan memandang rendah kredibiliti seorang pakar ekonomi dan “bekas” menteri kewangan. Kedua, isu yang diperdebatkan adalah bukan lagi soal harga minyak dan penderitaan rakyat tetapi lebih kepada mencari salah Anwar Ibrahim.
Makanya, debat malam tadi adalah satu kegagalan pihak kerajaan untuk menegakkan polisi ekonomi negara bagi membantu penduduknya. Ekonomi negara dijangka tenat berikutan harga minyak dan bahan mentah lain. Ini juga termasuklah Amerika Syarikat dan eropah yang sedang resah. Namun begitu, kerajaan menggunakan fakta ini untuk memutar belitkan pemikiran rakyat bahawa kita kena mengikut trend harga minyak global. Tiada apa-apa idea yang dapat diketengahkan oleh kerajaan untuk membantu meringkan beban rakyat. Adapun alasan-alasan yang diperkatakan hanyalah sebagai kelentong untuk memancing atau lebih baik kita katakan untuk mengemis sokongan rakyat.
Penstrukturan subsidi minyak bukanlah satu bentuk bantuan kerajaan tetapi menjadi beban berat kepada rakyat. Adakah sistem subsidi minyak kita selama gagal? Tidak. Kita mendapat subsidi minyak termasuklah syarikat penerbangan, nelayan dan pengusaha pengangkutan awam. Gagal. Kerana sistem subsidi tidak dipantau sepenuhnya dan berlakunya penyeludupan diesel dan petrol keluar negara. Makanya, sistem yang kita ada tiada ralatnya, cuma penguatkuaannya longgar dan diambil ringan. Rebat RM 150-RM500 setahun untuk pemilik kenderaan peribadi bukanlah satu cara yang baik kerana ia tidak mencukupi memandangkan RM 500.00 hanyalah cukup untuk 3 hari.
Ya, rakyat tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk subsidi minyak. Pada saya, saipakah golongan yang layak menerima subsidi sebelum ini? Menurut Dasar Ekonomi Baru, ianya diberi kepada golongan bumiputera Melayu sahaja, dan maka dengan itulah MAS mampu memulihkan pendapatannya walaupun ada orang menjual sebotol air mineral kepada MAS Catering dengan harga RM 40.00 sebotol. Kos bahan api yang ditanggung oleh kerajaan bukanlah satu pelaburan kepada MAS tetapi senagai rasuah untuk membenarkan sesetengah pihak membuat “perniagaan” dengan MAS. Tidak hairanlah Idris Jala terpaksa melelong bangunan MAS di Subang untuk membayar baki harga air mineral yang tertunggak selama beberapa tahun. Bijak kan?
Rakyat sekarang ini terdesak kerana kos hidup yang tinggi berikutan harga minyak, makanan dan komuditi. Jenayah semakin berleluasa khasnya pecah rumah dan kecurian kabel dan besi kerana hidup semakin susah. Malah, pegawai-pegawai kerajaan “terpaksa” mengambil rasuah untuk “menyara” keluarga. Maka, hakikatnya haram sudah menjadi halal buat masa yang terdesdak ini.
Kita dijanjikan tiada kenaikan harga minyak dan barang-barang seminggu sebelum pilihan raya (flip). Pada minggu selepasnya, Barisan Nasional menaikkan harga minyak dan beras (flop). Maka janji 7 hari Barisan Nasional untuk membantu rakyat adalah satu pembohongan jika dibandingkan dengan janji 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat yang selalu menjadi “kritikan” kerajaan Barisan Nasional. Kononnya, Pak Lah dan Najib telah memotong 10% daripada elaun keraian untuk membantu rakyatnya. Ini bukanlah penyelesaian kerana RM 0.20 tidak mencukupi untuk lebih 6 juta penduduk Malaysia. Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa semua menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional tidak menyokong usaha ini terutamanya di Sabah dan Sarawak?
Kita bukan sahaja mengalami krisis ekonomi kerana kenaikan harga minyak tetapi kehilangan pelabur asing. Penutupan dua kilang di Pulau Pinang bukan satu kesalahan kerajaan negeri tetapi kerana bebanan kos operasi yang memberi kesan negatif kepada produktiviti. Begitu juga dengan syarikat-syarikat lain, juga mengalami tekanan kos operasi. Ini sungguh mudah untuk diterjemahkan. Contohnya kita menjual ayam kepada orang-orang di taman perumahan dengan harga RM 6.00 se-ekor sebelumnya, maka hari ini kita terpaksa menjual harga tinggi kerana diesel untuk van kita sudah mahal. Maka, tidak mustahil kita akan hilang beberapa pelanggan kerana ayam kita sudah naik harga RM 8.00 se-ekor dan orang sudah mula makan jeruk ikan dan budu yang jauh lebih murah. Nikko mengalami beban kos operasi dan terpaksa gulung tikar kerana dasar kita untuk menarik pelabur asing juga telah berubah. Kita mengenakan kos yang tinggi dan ditambahkan dengan cukai, maka kita melihat orang Jerman dan Jepun membungkus beg dan balik kampung. Maka tidaklah elok kerajaan BN menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam hal Nikko tetapi mengkaji apakah pendekatan yang terbaik untuk menyelamatkan para pelabur asing di Malaysia. Di Kuching, Western Digital (sebelumnya KOMAG) tidak lagi menggaji para diploma tetapi menggaji para lepasan SPM memandangkan kos buruh yang mahal. Kita tidak sepatutnya hairan esok lusa kerana Western Digital akan mengaji pekerja Bangladesh dan Indonesia seperti apa yang ada di ladang-ladang dan tapak pembinaan.
Persoalannya, adakah kerajaaan Barisan Nasional sanggup berkorban untuk membantu rakyat atau memperketatkan polisi-polisi yang idak menguntungkan terutamanya penstrukturan semula subsidi, perlaksanaan projek mega (Koridor dan Jendela) yang pada masa ini dan belum sesuai untuk dilaksanakan. Apa gunanya membina istana di tenggah kampung sekiranya rakyat menduduki rumah setinggan? Ia juga harus menjadi perhatian kerajaaan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kepercayaan rakyat terhadap dasar ekonomi negara yang nampaknya berat sebelah dan tidak teratur. Kerajaan sebaik-baiknya cuba mencari jalan alternatif untuk membantu meringankan beban rakyat seperti menurunkan kadar tol. Tol boleh dibayar sehingga beratus-ratus tahun sekiranya kos dikenakan kepada pengguna adalah rendah.
Adapun kerajaan hari ini, tidak lagi kerajaan untuk rakyat tetapi untuk ahli politik dan dan para ”peniaga” bumiputera. Kemimpinan Abdullah dalam menanggani isu ekonomi negara menjadi satu kepayahan kerana beliau berkelulusan aliran sastera dan buta ekonomi. Maka dengan itu, kita tidak memerlukan lulusan sastera untuk membuat lejar kerana duit sentiasa bocor dan akhirnya akaun kita tidak seimbang atau ”seimbang bersebab”.
2 comments:
saya setuju dgn pendapat pengerusi debat, kenapa mahu tunggu Anwar jadi PM baru turunkan harga minyak.
kita tunggu dan lihat kerajaan nak buat apa...
saya tidak menyokong mana2 pihak,sama ada pihak kerajaan atau pembangkang.Masalah kenaikan petrol bukan saja d Malaysia, ttpi dirasai d beberapa buah negara luar yg lain.Tetapi mereka bijak menguruskan hal kewangan untuk kos sara hidup mereka, dimana kos sara hidup dinegara mereka selama ini mmg tinggi berbanding kos sara hidup sebuah keluarga d negara kita.satu persoalan yg saya nak kaitakan ialah saya tak berapa setuju dengan kenyataan disebabkan oleh kerajaan menaikakn harga barang2, kos sara hidup tinggi dan kes jenayah semakin berleluasa.Kes jenayah yg dilakukan tidak ada kaitan dgn kerana kerajaan.Jika kerajaan tidak menaikkan harga barang dan harga minyak,kes jenayah tetap berlaku,kes rasuah tetap berlaku.Ini adalah kerana kerakusan dan sifat ketamakan individu untuk mengejar sesuatu.Pegawai yg mengambil rasuah tu kerana inginkan kehidupannya lebih tinggi dan mewah dr org lain,kes jenayah sprti mencuri kerana jalan mudah untuk mdptkan wang dan kemewahan.Masalah ekonomi negara kita jadi tenat bukan salah kerajaan saja.Rakyat juga harus bekerjasama dgn kerajaan.Menyokong kempen2 kerajaan seperti kempen beberapa tahun dahulu iaitu contihnya kempen Inflasi Sifar.Tetapi cuba kita fikir,ada tak rakyat benar2 menyokong kempen tersebut.Mengapa barang2 jenama negara luar boleh masuk secara berleluasa di negara kita?Kerana rakyat menyokong dengan membeli brg jenama dr luar negara.Selau kita dengar orang memuji brgan negara luar seperti Jerman dan Jepun berkualiti.Barangan negara sendiri dkatakan tidak berkualiti.Mudah rosak.Memuji kereta buatan negara asing.Jadi kemana perginya matawang Malaysia mengalir?Pihak kilang yg kita lihat sekarang ini lebih suka mengupah pekerja asing bukan kerana kos rendah.Tetapi kerana byk diantara lepasan diploma dan ijazah malu untuk bekerja d kilang kerana inginkan pekerjaan yg berpangkat di sesebuah institusi dan syarikat lain yg lebih standard dan setaraf dgn kelayakan sijil mereka kononnya.Itu yg menyebabkan pengangguran banyak.Mahukan gaji besar ttpi tiada pengalaman, no work quality and too choosy.Kilang2 yg mengambil pekerja asing terpaksa membebankan diri kerana untuk kos permit kerja iaitu dokumen2 sah untuk pekerja asing,tempat tinggal, perubatan dan mcm2 lagi.Ini dtambah lagi degan kos2 yg belum diambilkira iaitu kos pengeluaran untuk produk.Ini adalah parah.Pemimpin kita tidak boleh diharapkan 100% oleh rakyat untuk membantu membendung semua masalah dalam negara.Rakyat juga harus bekerjasama.Jgn semua kesalahan ditujukan pada seorang saja.Don't point finger to one person.Sekiranya pihak pembangkang memerintah negara, belum tentu mereka juga dapat buat yg terbaik dari kerajaan yg kita ada sekarang ini untuk membantu rakyat dan negara.selalunya orang yg banyak mengatakan janji2, selalunya itu janji kosong, janji tahi untuk mendapat perhatian.No body is perfect.Kenaikan harga barang kadan2 pun buakan kerana kerajaan, kerana ada sesetengah peniaga yg sengaja menaikkan harga barang mereka untuk keuntungan yg berganda dari keuntungan asal mereka.This is what we can call politic business.Pelabur asing bukannya tidak mahu lagi melabur d negar kitatetapi mereka kurang yakin denagn produk negara kita, jenama negara kita dan kerja mahir negara kita kerana rakyat dlm negara kita suka dgn produk negara luar dan tidak berapa mahu menyokong negara sendiri.senang saja:contohnya,pemain bolasepak negara asing selalu diagung2kan dan djadikan idola kita sedangkan pemain negara sendiri tidak begitu diagung2 kan & di idolakan seperti pemain negara asing.Is that right.Pemimpin kita,Datuk seri Abdullah Badawi mungkin buta ekonomi tetapi beliau bukan buta mata,buta wang, buta huruf dan buta politik.sejahat2 mana,sebodoh mana kerajaan yg selalu kita kritikan, tetapi kerajaan ada juga membantu rakyat denagn memberi kita kesenangan dari segi aspek kemudahan untuk rakyat, pembiayaan dr berbagai aspek untuk rakyat.Kalau dr dulu zaman nenek moyang kita tak yakin dengan kerajaan,mungkin mereka tidak memilih kerajaan yg ada sekarang ini untuk mentadbir negara.Kerana takut generasi mereka akan hidup susah.Tetapi dengan rasa yakin dan percaya mereka pilih keputusan untuk memilih kerajaan sekarang ini.Isu minyak bukan isu yg baru,jika harga petrol tidak naik sekarang ini mungkin beberapa tahun akan datang harga minyak tetap juga akan naik.Jadi tidak perlu saya jelaskan lagi disini."BUKA MATA LUASKAN PEMIKIRAN".Ketengahkan jika ada idea anda yg bernas untuk memajukan rakyat dan membantu kerajaan dlm menagani isu2 kesulitan dalam negara untuk kesenagan bersama daripada menjadi pengkritik dan seperti sekadar duduk berbual kosong di kedai kopi dlm blog anda.I'm not talking on behalf of any YG BErhormat or any person.Just think of It.
Post a Comment