Search This Blog

Friday, February 27, 2009

Pencerobohan Tanah NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera) makin berleluasa.

By depeorrae at http://www.bidayuh.info

Pencerobohan Tanah Hak milik Adat Bumiputera makin berleluasa. Kes terbaru, berlaku di Serian melibatkan (Rumah Panjang) Kampung Lebur . Kerakusan Syarikat Pembalak iaitu Sulux Timber Sdn Bhd langsung tidak berperikemanusiaan dan tidak mengendahkan larangan undang-undang mahupun penduduk di kawasan ini.

Menurut Lipang (Nama Samaran), kegiatan pembalakan tersebut telahpun ditegah dan dibawa ke muka pengadilan tetapi sehingga kini syarikat bertanggungjawap terus membalak ( di Tanah Kura dan Tanah Engkedak) tanpa berkesudahan. Sambung beliau lagi, Kes ini telah difailkan di mahkamah pada tahun 2006 dan kes perbicaraan telah pun tamat. Sehingga kini, penduduk masih menanti keputusan daripada pihak mahkamah. Tetapi, dalam proses ini juga Sulux Timber Sdn Bhd terus membalak tanpa henti.Lantas, penduduk terus membuat laporan polis tentang masalah ini. Pihak Polis pula, meminta peguam( Yang mewakili penduduk) untuk mengeluarkan surat/ notis amaran kepada syarikat pembalak terbabit.

Apabila surat dikeluarkan oleh peguam dan diserahkan kepada Pihak Polis,( Pejabat Polis Daerah Serian) lain pula ceritanya. Sehingga kini belum ada apa-apa tindakan. Sejauh manakah kesahihan perundangan negara untuk membela pemilik Tanah Hak Milik Adat Bumiputera? Syarikat pembalak pula bagaikan tidak menghormati Perundangan mahkamah. Manakan tidaknya, sementara penduduk masih menunggu keputusan mahkamah mereka pula terus menjahanamkan tanah penduduk.( Syarikat pembalak sepatutnya berhenti seketika [ sekurang-kurangnya] untuk menunggu keputusan mahkamah.Misalnya, orang dek tengah Sembahyang Justify Fullpatutkah kita masuk menyampuk dan bercakap-cakap [menganggu]?)

Pihak Polis pula bagaikan bersekongkol dengan Syarikat Pembalak... Kerajaan yang sepatutnya membela rakyat...?

Apakah di negara ini sudah tidak mempunyai undang-undang? Tanah Hak Adat Bumiputera terus diceroboh tanpa sebarang notis. Menurut Pawang, ( nama Samaran) pencerobohan ini langsung tidak diketahui oleh penduduk Rumah Panjang ini. Berikut adalah sebahagian daripada temubual saya dengan Pawang and the geng;

Saya: Suba, bisi ke enda sida meri pampasan tanah atau balak ba menoa kitai din?
Pawang: Nadai. Semak jako, pampasan nadai, notis pan nadai... sidak iya tama kawasan tu langsung kami enda nemu. Tang tiba-tiba aja sidak datai ngambik ke balak ba tanah tu.
Saya : Sapa Tuai Rumah kitai diak?
Pawang: Iya enda enggau kami ditu. Iya enda sokong pengawa kami. Iya semina enggau pendirian diri empu sidak sebilik.
Saya: O... baka nyak.
Lipang: Kami udah ngereport ngagai polis pasal pembalak tu, tang sidak polis nyuruh lawyer mansut ke surat amaran ngagai sidak pembalak tu.
Saya: Udah nyak?
Lipang: Surat ke digaga lawyer tu udah dianjung ngagai polis, tang udah nyak sampai saritu nadai nama-nama tindakan sidak polis.
Sukun: Kami bisi gak ninga rita...enti balak tu udah ambis diambik sidak, sawit deka ditanam ba kawasan tu. Enti udah tama sawit, tusah kami lagi ba menoa kami. Belaya enggau pangan diri kami lagi berebut ke tanah tu.
Saya: Bisi bala sidak NGO datai ngaga survei tanah kawasan tu?
Lipang: Bisi suba, maia nyak sebedau kami fail ke kes tu ba mahkamah.
Saya: O... (mengakhiri perbualan)

Kelangsungan mengambil Tanah Hak Milik Adat Bumiputera adalah daripada Tuai Rumah ataupun Ketua Kampung. Kebiasaannya pihak terbabit akan mendesak TR atau TK untuk membenarkan mereka berbuat demikian. Mungkin sebab terlalu takut ( Gaji tidak diberi) TR atau TK akan terus memberi persetujuan tanpa perbincangan dengan anak buah. Kesannya, anak buah akan terkapai-kapai tertindas atas kepentingan peribadi.

Isu pencerobohan NCR pula bagaikan sudah lapuk. Berlaku setiap saat di mana-mana dan cara pencerobohan adalah sama sahaja. Pampasan (kalau ada) tidak seberapa,indah khabar dari rupa... yang tertindas akan terus terhimpit. Kalau dulu mereka berkebun sendiri, tanam padi, lada, koko dan sebagainya...kini mereka dipaksa berkuli di Ladang Sawit, ditambah lagi dengan rumah yang terpaksa dibayar secara ansuran (kalau mampu). Kalau tak mampu, mana lagi mereka hendak berteduh? Di bawah jambatan? sama sahaja dengan PATI. perumpamaan"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri Sendiri, baik lagi di negeri sendiri" sudah tidak lagi relevan, kita harus mengarahkan DBP supaya menggugurkan perumpamaan tersebut daripada senarai perumpamaan bahasa melayu. Kita sebagai penduduk asal (Asli) boleh diusir bila-bila masa sahaja, kerana kita hidup menumpang di tanah Kerajaan.

Pihak yang bertanggungjawap dipersilakan tampil memberi jawapan. Usah biarkan penduduk dibelenggu...misteri!
Dayak tidak perlu menunggu Berita Harian dan Utusan Melayu/Malaysia ...ramai yang mengatakan akhbar ini pro BN(anda boleh semak sendiri dan banding dengan Malaysia kini). Masyarakat kita sendiri perlu bersuara...akhbar sendiri perlu ada.

Editor: NGO prihatin, Kuching
Post a Comment