Search This Blog

Saturday, November 22, 2008

Kalau Saya Seorang Menteri

Kalau saya seorang menteri
Akan ku hibur seluruh negeri
Dengan pesta tari menari
Biar dunia geli hati

Kalau saya seorang menteri
Akan ku buat jenayah ngeri
Bila didakwa ku bela diri
Biar yang berani cabut lari

Kalau saya seorang menteri
Akan ku mansuh seluruh subsidi
Harga kita pasaran terkini
Dunia pula meleset ekonomi

Kalau saya seorang menteri
Akan ku tenyeh pembangkang di TV
Biar mereka tidak berani
Kerana saya menteri yang pegang TV.

Kalau saya seorang menteri
Akan ku sedia duit seguni
Bila tiba musim mengundi
Seluruh bahagian gelak happy

Kalau saya seorang menteri
Akan ku buat projek mini
Biar rancak kita punya ekonomi
Disamping menjada biseness kroni

Kalau saya seorang menteri
Akan ku complain kesana sini
Kerajaan sekarang tak kenang budi
Ini cuma berlaku di lima negeri

Kalau saya seorang menteri
Akan ku bina “sangkar” besi
Biar yang bijak ku sumbat sekali
Demi menjaga keamanan komuniti

Kalau saya seorang menteri
Akan ku bina “sangkar” besi
Biar yang bijak ku sumbat sekali
Demi menjaga keamanan parti

Kalau saya seorang menteri
Akan ku pertahan jawatan terkini
Biar deputy iri hati
Kerana ini demokrasi

Kalau saya seorang menteri
Akan hantam tuan pengerusi
Biar heboh seluruh menteri
Dalam parlimen ku naik berahi

Kalau saya seorang menteri
Akan ku cantas bukit tertinggi
Biar ku buat banyak kuari
Untuk membina menara tinggi

Kalau saya seorang menteri
Akan ku buka klinik gigi
Bila tiba business dah naik rugi
Klinik ku tinggal aku join parti

Kalau saya seorang menteri
Akan ku tegak hak asasi
Biar dunia kasi puji
Negara Malaysia semuanya “free”

Kalau saya seorang menteri
Akan ku hadiah rakyat negeri
Bukan projek mega mahupun mini
Tetapi projek sapi dan juga babi.
Post a Comment